Sunday, 3 February 2013

3 sekawan kecewa!


Nazmi Faiz MansorNazmi Faiz Mansor
Juzaili, Fadzli, Rudie bidas tindakan bekas pemain Beira-Mar

Kuala Lumpur: Keputusan bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor untuk pulang beraksi dalam liga tempatan dari kelab divisyen satu Portugal, SC Beira Mar bukan hanya menghadirkan rasa kecewa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, malah juga bekas pemain yang pernah beraksi di luar negara.

Tiga bekas pemain yang pernah berguru di bumi asing – Juzaili Samion, Mohd Fadzli Saari dan Rudie Ramli – nyata menjadi insan paling hampa melihat kepulangan Nazmi selepas mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal itu. 
“Saya setuju dengan apa yang Kim Swee cakap (kecewa dan kurang bermotivasi untuk menghantar pemain muda ke luar negara bagi mengelakkan perkara sama berulang). Dia pergi bawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu lihat kejayaan pemain negara di pentas tertinggi. 


“Bukan senang nak dapat tawaran seperti itu dan pemain kena terima setiap cabaran. Jadi keputusan pulang ke Malaysia boleh memberi kesan dan mungkin minat ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka bermain bola akan berkurangan,” kata Juzaili ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Nazmi mengesahkan statusnya sebagai pemain baru pasukan kelab, PKNS selepas mengikat kontrak selama tiga tahun namun tidak mendedahkan alasan sebenar atau apa permasalahan yang dialami sehingga menamatkan kontrak bersama Beira Mar.

sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment