Sunday, 3 February 2013

Tawaran FC Ryukyi: Wan Zack enggan komen


3 Februari 2013

Wan Zack Haikal
Wan Zack Haikal (kiri) mempamerkan kemahiran mengimbang pada acara Cabaran Timbang Bola Paling Lama anjuran majalah Remaja hari ini. - Foto SAFWAN MANSOR

PEMAIN skuad kebangsaan, Wan Zack Haikal Wan Nor enggan mengulas mengenai tawaran kontrak kelab FC Ryukyu, Jepun yang ditawarkan kepadanya buat masa ini.

Begitupun, Wan Zack mengakui ada memasang hasrat untuk beraksi di luar negara selepas kontrak beliau bersama Harimau Muda berakhir.

"Maaflah, mengenai tawaran di Jepun saya tidak mahu memberi sebarang komen.

"Tapi, saya tidak menafikan beraksi di luar negara adalah impian saya dan saya berhasrat selepas tamat kontrak bersama Harimau Muda, saya ingin bermain di luar negara," katanya ketika ditemui di Karnival Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Dalam laporan tempatan baru-baru ini, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee mendedahkan bahawa kelab FC Ryukyu telah menawarkan kontrak kepada Wan Zack dan Wan Zaharulnizam.

Kedua-dua pemain tersebut telah menjalani ujian di FC Ryukyu pada Julai 2012 dan mereka telah memaklumkan kepada Kim Swee bulan lepas tentang hajat mereka untuk mengikat kontrak dengan pemain-pemain itu.
Mengulas lanjut mengenai tawaran itu, Wan Zack tetap berkeras untuk mengunci mulutnya dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

sumber:Sinar Harian

Ini aksi paling sengit: Kim Swee


Pemain Harimau Muda A menjalani latihan di Gold Coast, semalam.Pemain Harimau Muda A menjalani latihan di Gold Coast, semalam.
Gold Coast: Perlawanan terakhir menentang kelab liga utama Australia, Brisbane Roar, esok dianggap jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee paling sengit dalam siri empat aksi persahabatan sepanjang dua minggu kunjungan ke Australia.

Malah, pengendali berusia 43 tahun itu bakal menurunkan kesebelasan terbaik dinilai menerusi prestasi barisan 25 pemain dalam tiga perlawanan sebelum ini.
“Sudah tentu ini perlawanan paling sengit saya jangka. Tak kira jika Brisbane Roar menurunkan pemain utama atau pemain simpanan, mereka tetap memiliki kualiti cukup tinggi berbanding tiga lawan sebelum ini.



Harap pemain serius

“Selepas tiga perlawanan, saya sudah nilai prestasi pemain dan mereka yang mempamerkan aksi terbaik akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Harap pemain ambil serius perlawanan ini,” kata Kim Swee ketika ditemui, petang semalam.

Selepas pulang dari Australia, Rabu ini, pemain akan diberi cuti sempena Tahun Baru Cina dan kembali menyambung latihan untuk menghadapi aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan Myanmar di Yangon, 22 Februari ini.

Kim Swee turut menjelaskan pemilihan Gold Coast sebagai lokasi kem latihan dan aksi persahabatan kerana faktor cuaca di sini lebih kurang sama dengan Malaysia.
“Jika kami ke Eropah ketika ini, cuaca di sana cukup sejuk dan tidak sesuai untuk pemain,” katanya.

sumber: Berita Harian

‘Saya tak peduli agenda luar’



Sebahagian daripada anak buah Rajagobal menjalani latihan di   hotel  penginapan, semalam.Sebahagian daripada anak buah Rajagobal menjalani latihan di hotel penginapan, semalam.
Doha, Qatar: Lupakan agenda mendesak ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal meletak jawatan andai pengendali itu gagal mengutip mata di Doha, Rabu ini. 

Malah, Rajagobal juga tidak akan melayan sebarang tekanan ke atasnya kerana sehingga saat ini, menurut beliau belum ada kegagalan sepanjang skuad kebangsaan di bawah kendaliannya. 

Tak anggap kegagalan 


“Saya tidak anggap kempen Piala Suzuki AFF lalu satu kegagalan,” kata Rajagobal yang kini dalam persiapan menghadapi Qatar untuk perlawanan sulung kelayakan Piala Asia. 

“Kami berjaya mara ke separuh akhir dan pada perlawanan itu berapa ramai pemain negara tidak dapat beraksi kerana kecederaan. Saya tidak anggap itu satu kegagalan. Saya tak peduli apa agenda di luar sana kerana fokus saya sekarang ialah mendapatkan hasil terbaik daripada pasukan sekarang.” 


Enggan komen Nazmi 

Berkenaan isu kapten juara tiga kejuaraan musim lalu, Badhri Radzi dari Kelantan, Rajagobal menjelaskan, memang pemain itu berada dalam senarainya yang didaftarkan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tetapi tidak didedahkan kepada umum. 
Rajagobal juga enggan mengulas berkenaan isu pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor yang pulang mengejut dari Portugal selepas kontraknya bersama SC Beira-Mar ditamatkan minggu lalu. 

“Kami ke sini untuk fokus kepada perlawanan Qatar sambil mengharapkan momentum daripada pertemuan dengan Iraq diteruskan. Lupakan apa yang berlaku sebelum ini dan saya harap sesuatu dapat dicapai di sini,” katanya.

sumber: Berita Harian

3 sekawan kecewa!


Nazmi Faiz MansorNazmi Faiz Mansor
Juzaili, Fadzli, Rudie bidas tindakan bekas pemain Beira-Mar

Kuala Lumpur: Keputusan bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor untuk pulang beraksi dalam liga tempatan dari kelab divisyen satu Portugal, SC Beira Mar bukan hanya menghadirkan rasa kecewa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, malah juga bekas pemain yang pernah beraksi di luar negara.

Tiga bekas pemain yang pernah berguru di bumi asing – Juzaili Samion, Mohd Fadzli Saari dan Rudie Ramli – nyata menjadi insan paling hampa melihat kepulangan Nazmi selepas mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal itu. 
“Saya setuju dengan apa yang Kim Swee cakap (kecewa dan kurang bermotivasi untuk menghantar pemain muda ke luar negara bagi mengelakkan perkara sama berulang). Dia pergi bawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu lihat kejayaan pemain negara di pentas tertinggi. 


“Bukan senang nak dapat tawaran seperti itu dan pemain kena terima setiap cabaran. Jadi keputusan pulang ke Malaysia boleh memberi kesan dan mungkin minat ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka bermain bola akan berkurangan,” kata Juzaili ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Nazmi mengesahkan statusnya sebagai pemain baru pasukan kelab, PKNS selepas mengikat kontrak selama tiga tahun namun tidak mendedahkan alasan sebenar atau apa permasalahan yang dialami sehingga menamatkan kontrak bersama Beira Mar.

sumber: Berita Harian

Thursday, 31 January 2013

Jangan campur urusan pilihan pemain: Subahan


FAM
ORANG luar tidak perlu masuk campur urusan pemilihan pemain, sebaliknya perlu memberi kebebasan kepada Ketua Jurulatih, Datuk K Rajagobal menentukan barisan skuad Harimau Malaya, demikian tegas pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata, Rajagobal tahu apa yang dilakukanya kerana beliau lebih mengetahui kemampuan pemain yang dipilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

“Saya fikir tidak perlu diwujudkan kembali jawatankuasa pemilihan pemain dalam memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain kerana ia hanya membataskan kreativiti jurulatih,” katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim agar jawatankuasa pemilihan dibentuk semula bagi memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain bagi menghadapi perlawanan antarabangsa.

Subahan percaya Rajagobal telah membuat keputusan yang tepat dalam menyenaraikan 25 pemain bagi menghadapi Qatar pada perlawanan sulung kelayakan Piala Asia 2015 di Doha pada 6 Februari ini.

“Pemain sendiri mahupun pihak luar tidak wajar mempersoalkan keputusan jurulatih kerana beliau lebih mengetahui pasukan bimbingannya.

Sebenarnya tidak timbul istilah ‘anak emas’ dalam pemilihan pemain skuad kebangsaan sebaliknya semua pemain diberi peluang sama rata.

“Malah, pemain yang disebut tidak pernah diberi peluang pun pernah kita panggil cuma beliau menolak tawaran atas sebab tertentu,” katanya mengulas mengenai isu pemilihan pemain oleh Rajagobal yang disifatkan berat sebelah.

KATA-KATA RAJAGOBAL


"Kami ke tempat lawan ketika skuad kebangsaan berdepan masalah kecederaan pemain tonggak seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat dan ramai lagi. Inilah keadaan sebenarnya skuad kebangsaan dan kita harus akui peluang kita agak sukar apabila berdepan Qatar nanti. Namun sebagai jurulatih saya akan cuba melakukan yang terbaik walaupun dilanda masalah kecederaan pemain yang kritikal. Aksi persahabatan dengan Iraq Jumaat ini memberi
peluang untuk saya melihat siapa pemain yang layak
diturunkan dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015 "-K Rajagopal

SAFEE DAN MAT YO CEDERA?


Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan cedera? Jangan terlalu bergantung kepada seorang dua pemain sahaja, masih ramai yang boleh memikul tugas sebagai pengempur Harimau Malaya. Alasan gandingan emas Piala AFF Suzuki 2010 tidak bersama skuad negara adalah tidak boleh diterima. Fauzi Roslan sedang meningkat naik pada musim ini, Khyril Muhymeen masih kekal dengan prestasi 'on form' sebagaimana ketika dia menjadi penjaring terbanyak tempatan Liga Super 2012, pengalaman Amri Yahya menjadi aset berharga disaat penting dan genting permainan manakala Abdul Hadi Yahya mampu menghasilkan sesuatu seandainya diturunkan. Nor Farhan Muhammad juga boleh melakukan serangan biarpun berfungsi sebagai 'flanker'. TIADA ALASAN PENYERANG TIADA!