Thursday, 31 January 2013

PESANAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT

ADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pembukaan menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari ini.

 
Menyedari Harimau Malaya tempang selepas kehilangan enam tonggak utama yang dibelenggu masalah kecederaan, Khairul berharap rakan-rakan sepasukannya membentuk persefahaman jitu dalam masa terdekat.

   
Esok, Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan sedia ada apabila dijadualkan menentang Iraq pada aksi persahabatan di Doha. 

“Umum mengetahui bahawa ramai pemain cedera dan ada pemain-pemain (yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan) kembali diserapkan, antaranya Amri Yahyah. 
“Dalam masa suntuk ini, kami harus mencari keserasian dengan cepat sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu Qatar,”

No comments:

Post a Comment