Thursday, 31 January 2013

Jangan campur urusan pilihan pemain: Subahan


FAM
ORANG luar tidak perlu masuk campur urusan pemilihan pemain, sebaliknya perlu memberi kebebasan kepada Ketua Jurulatih, Datuk K Rajagobal menentukan barisan skuad Harimau Malaya, demikian tegas pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata, Rajagobal tahu apa yang dilakukanya kerana beliau lebih mengetahui kemampuan pemain yang dipilih untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.

“Saya fikir tidak perlu diwujudkan kembali jawatankuasa pemilihan pemain dalam memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain kerana ia hanya membataskan kreativiti jurulatih,” katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan pengkritik sukan negara, Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim agar jawatankuasa pemilihan dibentuk semula bagi memastikan ketepatan dalam pemilihan pemain bagi menghadapi perlawanan antarabangsa.

Subahan percaya Rajagobal telah membuat keputusan yang tepat dalam menyenaraikan 25 pemain bagi menghadapi Qatar pada perlawanan sulung kelayakan Piala Asia 2015 di Doha pada 6 Februari ini.

“Pemain sendiri mahupun pihak luar tidak wajar mempersoalkan keputusan jurulatih kerana beliau lebih mengetahui pasukan bimbingannya.

Sebenarnya tidak timbul istilah ‘anak emas’ dalam pemilihan pemain skuad kebangsaan sebaliknya semua pemain diberi peluang sama rata.

“Malah, pemain yang disebut tidak pernah diberi peluang pun pernah kita panggil cuma beliau menolak tawaran atas sebab tertentu,” katanya mengulas mengenai isu pemilihan pemain oleh Rajagobal yang disifatkan berat sebelah.

KATA-KATA RAJAGOBAL


"Kami ke tempat lawan ketika skuad kebangsaan berdepan masalah kecederaan pemain tonggak seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat dan ramai lagi. Inilah keadaan sebenarnya skuad kebangsaan dan kita harus akui peluang kita agak sukar apabila berdepan Qatar nanti. Namun sebagai jurulatih saya akan cuba melakukan yang terbaik walaupun dilanda masalah kecederaan pemain yang kritikal. Aksi persahabatan dengan Iraq Jumaat ini memberi
peluang untuk saya melihat siapa pemain yang layak
diturunkan dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Asia 2015 "-K Rajagopal

SAFEE DAN MAT YO CEDERA?


Safee Sali dan Nor Shahrul Idlan cedera? Jangan terlalu bergantung kepada seorang dua pemain sahaja, masih ramai yang boleh memikul tugas sebagai pengempur Harimau Malaya. Alasan gandingan emas Piala AFF Suzuki 2010 tidak bersama skuad negara adalah tidak boleh diterima. Fauzi Roslan sedang meningkat naik pada musim ini, Khyril Muhymeen masih kekal dengan prestasi 'on form' sebagaimana ketika dia menjadi penjaring terbanyak tempatan Liga Super 2012, pengalaman Amri Yahya menjadi aset berharga disaat penting dan genting permainan manakala Abdul Hadi Yahya mampu menghasilkan sesuatu seandainya diturunkan. Nor Farhan Muhammad juga boleh melakukan serangan biarpun berfungsi sebagai 'flanker'. TIADA ALASAN PENYERANG TIADA!

Persahabatan: Kim Swee puas hati Harimau Muda

  JURULATIH Harimau Muda, Ong Kim Swee nyata berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya apabila berjaya menewaskan Brisbane Lions SC 2-1 dalam perlawanan persahabatan kedua yang berlangsung di Queensland Sports & Athletics Center, Australia semalam.

Harimau Muda telah menewaskan Palm Beach Sharks 5-1, Sabtu lalu.

Jelas Kim Swee, meskipun keserasian serta pergerakan pemain bertambah baik, namun ia perlu konsisten terutama perlawanan memasuki separuh masa kedua agar tidak hilang rentak.

"Perlawanan kali ini lebih sengit namun jaringan separuh masa pertama oleh Izzaq Faris  dan Rozaimi Abd Rahman memastikan dua jaringan itu sudah memadai untuk meraih kemenangan.

"Saya akui jaringan lawan berpunca daripada tindakan pemain memperlahankan rentak permainan namun bagi saya pengalaman dan pengajaran seperti ini penting bagi mereka,” katanya melalui laman mikro Twitter malam tadi.

Semalam, Harimau Muda meraih kemenangan kedua setelah berjaya menewaskan Brisbane Lions SC 2-1.

Izzaq membuka jaringan seawal minit ketiga permainan untuk mengejutkan lawan sebelum disamakan lawan pada minit ke-14 namun penyerang berbakat negara, Rozaimi memastikan kemenangan berjaya diraih dengan melakukan sepakan percuma yang cantik pada minit ke-39 untuk menggegar gawang.

Dalam pada itu, Kim Swee turut puas hati dengan pemain gantian yang tampil pada separuh masa kedua walaupun tidak sebaik yang dipamerkan pemain yang beraksi pada babak pertama.

"Pemain memperoleh pengalaman berbeza kali ini apabila lawan mempamerkan corak kawalan bola yang baik hingga menyukarkan kami.
“Namun dengan disiplin dan kesungguhan dipamerkan mereka cuba mengimbanginya. Tahniah kepada semua pemain," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pelajar dari Brisbane yang datang memberi sokongan kepada anak buahnya.

LAGU SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Bagi memperingati para penyokong bola sepak Malaysia supaya sokong pasukan kita tidak kira kalah atau menang!!

www.facebook.com/HarimauMalayaTetapDiHati

PESANAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT

ADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pembukaan menentang Qatar pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, 6 Februari ini.

 
Menyedari Harimau Malaya tempang selepas kehilangan enam tonggak utama yang dibelenggu masalah kecederaan, Khairul berharap rakan-rakan sepasukannya membentuk persefahaman jitu dalam masa terdekat.

   
Esok, Harimau Malaya berpeluang menguji kekuatan sedia ada apabila dijadualkan menentang Iraq pada aksi persahabatan di Doha. 

“Umum mengetahui bahawa ramai pemain cedera dan ada pemain-pemain (yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan) kembali diserapkan, antaranya Amri Yahyah. 
“Dalam masa suntuk ini, kami harus mencari keserasian dengan cepat sebagai persediaan terbaik sebelum bertemu Qatar,”

JADUAL PERLAWANAN PIALA PRESIDEN

Hari ini.pUkul 4.15 ptg

Johor vs N.Sembilan,
Selangor vs Kedah,
ATM vs Perak,
Pahang vs Sarawak,
P.Pinang vs PDRM,
Perlis vs K.Lumpur,
Terengganu vs SSBJ,
SSTMI vs Kelantan,
Sabah vs Melaka